Posts

1.0 PENGENALAN

Image
1.0   PENGENALAN   Blog ini akan memperkenalkan plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya berasaskan peringkat perkembangan guru dan standard guru berkualiti. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016),Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya . Sebagai seorang guru yang mempunyai profesionalisme yang baik, kita perlu mereka bentuk plan pembangunan profesional kendiri dan kerjaya untuk dijadikan panduan dan tujuan untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan berketerampilan.   2.0 KANDUNGAN   2.1 PLAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL KENDIRI DAN KERJAYA BERASASKAN ENAM PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU (KPM)           Seorang guru yang telah menamatkan pengajian dan latihan perguruan di Insititut Pendidikan Guru tidak dianggap proses pembelajaran ...

2.1.1 Peringkat Permulaan – Pelaksana (DG9)

2.1.1  Peringkat Permulaan – Pelaksana (DG9)               Pada peringkat permulaan , guru baharu merupakan pelaksana pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid. Seorang guru baharu akan memulakan perkhidmatannya di sekolah dengan dikenali sebagai guru novis. Melalui perancangan dan pelaksanaan pengajaran, guru mampu menghasilkan sesi pengajaran yang berkesan.Menurut Mohammed Sani et al.(2006), guru novis merupakan guru terlatih yang ditempatkan di sekolah-sekolah dan berada di gred DG9. Peringkat ini menekankan guru novis memahami dan menguasai pelbagai bidang khususnya dalam kurikulum dan kokurikulum.   Tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan adalah dengan penyeliaan dan bimbingan.   Bagi pelan pembangunan kendiri dan kerjaya di peringkat permulaan, bagi diri penulis sendiri , saya akan mendapat bimbingan mentor daripada guru yang berpengalaman untuk lebih memahami dan menguasai strategi d...

2.1.2 Peringkat Beraspirasi- Penggerak (DG10)

  2.1.2  Peringkat Beraspirasi- Penggerak (DG10)        Pada peringkat beraspirasi, guru berperanan sebagai penggerak kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru berada di gred DG10 pada peringkat tersebut. Guru pada peringkat beraspirasi telah mempunyai beberapa   pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka mampu membuat keputusan dalam pelaksanaan pdp dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah dan strategi dengan tujuan untuk menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Selain itu, guru juga dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang kepelbagaian keperluan, tahap pengetahuan, budaya serta agama dalam pembelajaran setiap murid dan seterusnya menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran setiap perbezaan murid.( Rafidah et al.,2025).Di samping itu guru juga mampu menggunakan pelbagai strategi penilaian serta mengambil tindakan susulan untuk memberi ma...

2.1.3 PERINGKAT KOMPETEN- PEMBIMBING DAN MENTOR (DG12)

  2.1.3 PERINGKAT KOMPETEN- PEMBIMBING DAN MENTOR (DG12)               Guru pada peringkat kompeten dikira sebagai guru berpengalaman yang lebih profesional dan berketerampilan dalam melaksanakan tugas . Peringkat perkembangan guru gred DG12 dikira sebagai guru yang berkebolehan dalam merangka panduan, arahan dan juga peraturan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai pembimbing dan mentor perlu mendorong penglibatan dan pelaksanaan dalam kalangan rakan sejawat . Selain itu, guru di peringkat kompeten ini perlu memantau dan menilai proses pdp yang dilaksanakan supaya mencapai objektif yang ditetapkan bagi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru yang berpengelaman , mereka juga perlu membimbing guru baharu melaksanakan kajian untuk penambahbaikan pdp.               Sebagai guru cemerlang pada peringkat kompeten, sa...

2.1.4 PERINGKAT PROFISIEN- PENERAJU PERUBAHAN (DG13)

2.1.4 PERINGKAT PROFISIEN- PENERAJU PERUBAHAN (DG13)               Pada peringkat profisien ,guru berperanan sebagai peneraju perubahan iaitu berada di gred DG13. Guru berupaya memainkan peranan sebagai pencetus kepada inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Wong Kiet Wah et.al(2018),guru pada peringkat profisien merupakan peneraju dan penggerak perubahan berkaitan pdp . Guru perlu mengikuti arus perkembangan dalam dunia Pendidikan terutama yang berkaitan dengan kemajuan teknologi dan komunikasi serta mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. (Nurul Mila Anggriani,2022).   Pada peringkat ini,   saya ingin menyertai Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat untuk dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK). Apabila saya berjaya dilantik sebagai Guru Penolong Kanan , saya pun dapat mengaplikasikan ilmu kepimpinan dan pengurusan dalam sekolah. Sebagai Guru Penolong Kanan, say...

2.1.5 PERINGKAT STRATEGIS – PEMIKIR STRATEGIK (DG14)

  2.1.5 PERINGKAT STRATEGIS – PEMIKIR STRATEGIK (DG14)               Pada peringkat strategis, guru telah berada di gred DG14. Guru di peringkat ini mempunyai tahap kemahiran dan penguasaan ilmu yang tinggi.Guru berupaya menyumbangkan idea dan mempunyai kepakaran khusus di peringkat yang lebih tinggi terutama dalam menggubal kurikulum dan dasar pelaksanaan kurikulum. Selain itu, guru sebagai pemikir strategik juga berupaya menilai potensi guru bawahannya dan membentuk satu pasukan yang mampu merealisasikan visi dan misi sekolah dan seterusnya berupaya menghasilkan modal insan yang dihasratkan oleh KPM. (Rafidah et al.,2025).               Pelan Pembangunan kendiri dan kerjaya yang dirangka di peringkat strategis ini ialah saya akan merangka strategi atau idea yang baharu bagi menyelesai masalah pelaksanaan dasar-dasar pendidikan supaya dapat meningkatkan k...

2.1.6 PERINGKAT BERWAWASAN – PEMIKIR HOLISTIK(GRED KHAS C)

2.1.6 PERINGKAT BERWAWASAN – PEMIKIR HOLISTIK(GRED KHAS C)   Pada peringkat berwawasan, guru berperanan sebagai pemikir holistik yang akan menyelesai masalah pelaksanaan dasar. Guru berada di Gred Khas C mampu merangka strategi atau idea baharu dalam pelaksanaan pdp. Mereka juga boleh menghasilkan inovasi yang mampu memberi nafsu baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru gred khas C telah mempunyai pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi konsultan dalam merangka strategi yang komprehensif.               Pada peringkat ini, saya berhasrat untuk menjadi Nazir Pendidikan. Sebagai Nazir Pendidikan,  saya perlu memantau, menilai, dan memastikan kualiti pendidikan di sekolah selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Dengan ini, saya akan menjalankan lawatan ke sekolah bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah.Seterusnya, ...